[LANGSUNG] Suasana pembuangan undi di beberapa buah kawasan

0
994
Pengumuman Keputusan PRU 14 telah diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah awal pagi jam 4.49.

Kuching, 9 Mei 2018 (SNN) – Pusat-pusat mula dibuka di seluruh negara bermula hari ini. Tinjuan beberapa pusat mengundi di kawasan Parlimen P193. Santubong, P194 Petra Jaya dan P195. Bandar Kuching mendapati orang ramai mula hadir ke pusat mengundi sekitar jam 10.00 pagi.

Parlimen P194. Petra Jaya

Orang awam beratur untuk membuang undi di Dewan Koleh Abdillah, Petra jaya
Dato Sri Fadillah Yusof bersama isteri membuang undi di SK Rakyat Bolhasan
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg bersama isteri membuang undi di SK Merpati Jepang sekitar jam 11.00 pagi
Toh Puan Raggad Kurdi Taib hadir membuang undi di SMK Tun Abang Haji Openg bagi kawasan P.194 Petra Jaya.

Orang ramai mula dilihat memasuki beberapa pusat pengundian bagi kawasan Parlimen P 194. Petrajaya seawal jam 10.00 pagi. Beberapa pusat pengundian dibuka antaranya di Sekolah Kebangsaan (Rakyat) Satok, Koleh Abdillah, SK Merpati Jepang, SMK Tun Abang Haji Openg.

Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Fadillah Yusof menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Bolhasan, Satok pada jam 8.41 pagi.  Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

P 195. Bandar Kuching

Proses pembungan undi di Dewan Masyarakat KPCA pada jam 11.30 pagi
Orang ramai mula memasuki pusat pengundian seawal jam 8.00 pagi
Pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching No. 1.
Susana di Pusat Mengundi SJK Chung Hua Batu 41/2, bagi kawasan P.195 Bandar Kuching.
Calon Barisan Nasional bagi kerusi P 195. Bandar Kuching, mengundi di SMK Pending. Jalan Tun Abdul Razak sekitar jam 10.30 pagi
Suasana pengundian di pusat pengundian SK Combined bagi kerusi P.195 Bandar Kuching,

Beberapa buah pusat mengundi dibuka bagi kawasan parlimen P 195. Bandar Kuching antaranya di Dewan Masyarakat KPCA, SMK Pending dan SMK Bandar Kuching No. 1 dan SMK Batu Lintang. Pertandingan menyaksikan pesaingan antara calon Barisan Nasional, Kho Teck Wan dengan Calon Pakatan Harapan, Chong Chieng Jen.

P. 193 Santubong

Petugas-petugas pengundian bersedia untuk proses pengundian di SK Stunggang bagi kerusi Parliman 193. Santubong

[ Setakat jam 11.30 pagi tadi ]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here