More
    Home Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan air pasang yang boleh menjejaskan penduduk kampung keseluruhannya.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, selain untuk kepentingan pertanian sistem aliran parit yang baik turut dapat mengelakkan berlakunya kejadian banjir dan ini akan memberi manfaat kepada penduduk di sesebuah kampung.

    Dalam memastikan sistem pengairan dan saliran ini sentiasa terjamin ianya perlu dikawal selia dan dipantau setiap masa disamping penduduk kampung itu sendiri perlulah berdisiplin menjaga kebersihan sungai atau parit supaya tidak tersumbat dengan sampah.

    Beliau berkata sedemikian ketika meninjau projek Titi di Kampung Sungai Bako pada Selasa diiringi oleh ketua kampung dan JKKK.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...