More
    Home Sarawak Betong MRP-PPRMS DUN Kabong Sasar 73 Rumah Penduduk Miskin Sekitar Kabong

    MRP-PPRMS DUN Kabong Sasar 73 Rumah Penduduk Miskin Sekitar Kabong

    KABONG, 13 Julai 2019 (SNN)- Keseluruhannya sebanyak 73 buah rumah penduduk miskin yang usang di DUN Kabong disasarkan dibaikpulih di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) DUN Kabong. PTK Kepada ADUN N.40 Kabong, Encik Nur Elffi Bin Amir mendedahkan dalam Projek MRP – PPRMS 2018 Fasa 1 DUN Kabong, sudah sebanyak 39 buah rumah telahpun siap dibaikpulih yang menelan kos sebanyak RM500,000.

    Manakala sebanyak RM500,000 lagi diperuntukkan untuk Fasa 2 yang melibatkan 34 buah rumah di sekitar DUN Kabong. Untuk Fasa 2 kesemua rumah tersebut dalam proses perlaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Julai ini.  

    Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk MRP-PPRMS Pusat Khidmat Kabong yang merupakan satu lagi  komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu golongan yang susah di daerah Kabong

    Projek MRP-PPRMS ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meneruskan kesinambungan usaha membantu rakyat miskin di Sarawak selepas kerajaan pusat menghentikan usaha tersebut.

    Pojek ini akan memastikan mereka yang layak menerima akan memiliki rumah selesa untuk didiami.

    Antara rumah yang terlibat dalam baikpulih dan  dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Julai ini.

    Peruntukan RM1 juta disalurkan di bawah jawatankuasa MRP-PPRMS Kabong untuk pemohon miskin atau tidak berkemampuan untuk membaik pulih rumah mereka.

    Kaedah pemilihan MRP-PPRMS ini adalah berdasarkan kepada mereka yang mempunyai rumah yang uzur dan daif serta tidak selamat didiami, ibu tunggal, golongan mualaf dan golongan asnaf.

    Perlaksanaan MRP-PPRMS ini banyak memberi manfaat dalam membantu mengurangkan beban rakyat miskin dan tidak berkemampuan, mengelak pemohon menunggu kelulusan begitu lama, pelaksanaan efisien dan melalui konsep gotong-royong.

    Seramai 73  penduduk di sekitar DUN Kabong telah terpilih menerima bantuan ini bagi Fasa 1 dan 2. Bagi memastikan perlaksanaan projek ini berjalan lancar, PTK Kepada ADUN N.40 Kabong, Encik Nur Elffi Bin Amir melakukan tinjauan ke atas perlaksanaan projek-projek di bawah MRP – PPRMS 2018 Fasa 2 untuk kawasan DUN N40 Kabong di sekitar Kampung Gerigat & Kampung Alit baru-baru ini.

    Turut hadir  membuat tinjauan bersama beliau ialah Encik Awangku Safaie Bin Awangku Sabli dari Pejabat Daerah Kabong serta beberapa kontraktor yang terlibat.

    Nur Elffi melakukan tinjauan ke atas perlaksanaan projek-projek di bawah MRP – PPRMS 2018 Fasa 2 untuk kawasan DUN N40 Kabong di sekitar Kampung Gerigat & Kampung Alit baru-baru ini
    Awangku Safaie turut hadir bersama Nur Elffi melakukan tinjauan ke atas perlaksanaan projek-projek di bawah MRP – PPRMS 2018 Fasa 2

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PBB terbuka menerima golongan muda sebagai pemimpin pelapis

    0
    MIRI 19 JANUARI 2025 (SNN): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa komited dan terbuka untuk menerima golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa hadapan...