LIMBANG, 03 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Penduduk yang berkemahiran dalam bidang pertanian harus memanfaatkan program pertanian yang dianjurkan oleh pihak kerajaan melalui Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP).
Ahli Dewan Undangan NEGERI (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, masyarakat di kawasan DUN Batu Danau harus memanfaatkan peluang tersebut dengan mengadakan kerjasama erat bersama Jabatan Pertanian Sarawak bagi memperkembangkan lagi pengetahuan dalam bidang pertanian.
“Bidan pertanian perlu dijadikan sebagai sebuah perniagaan yang berjaya bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan tetapi mampu meningkatkan pendapatan tahap sosioekonomi penduduk,” katanya dalam Majlis Pelancaran AgriCOP di Rumah Baba, Kampung Penganan pada Selasa.
Dalam pada itu, Paulus turut meluluskan geran bernilai RM20,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penganan Tuai Rumah Baba Ajit untuk membina stor rumah panjang tersebut.

Turut disampaikan bantuan dua set kerusi roda kepada Rigna Abas ,78 tahun dan Cyril Pereira Beji Bakat ,15 tahun yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta sumbangan RM5,000 kepada Guru Besar SK Penganan bagi keperluan membeli projektor sekolah.-Sumber Ukas. Nizal.