KUCHING, 20 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Bangunan pasar raya D Valley Batu 7 Kuching hampir musnah selepas satu kebakaran melibatkan bangunan itu pada petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 11.10 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama BBP Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
“Setibanya ke lokasi pihaknya bertindak untuk memecah masuk pintu hadapan bangunan bangunan tersebut bagi operasi pemadaman dapat dilakukan.
“Komander operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan sebuah bangunan pasar raya berkeluasan 850 meter persegi berikutan asap tebal keluar dari bahagian bawah bangunan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerja pemadaman api berjaya mengawal kebakaran dengan mengambil masa empat minit seterusnya berjaya memadamkan api secara keseluruhannya di tempat kejadian.
Tambahnya, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 10 peratus struktur bangunan yang turut melibatkan dua buah kaunter dan barang-barang yang berhampiran kaunter terbabit.
Ujarnya, operasi terbabit ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.21 tengah malam.