More
    Home Sarawak Kapit Lelaki warga Britain ditemui mati dikediamannya di Kapit

    Lelaki warga Britain ditemui mati dikediamannya di Kapit

    KAPIT, 10 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang lelaki warganegara Britain ditemui mati dalam keadaan sudah membusuk di sebuah rumah di Taman Kapit petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian Stanislaus berkata, ketika ditemui pihaknya mendapati mayat mangsa dalam keadaan tidak berbaju dan terlentang di dalam bilik mandi.

    Mangsa, Ian Willian, 66 tahun dipercayai mati beberapa hari yang lalu selepas hal itu disedari oleh anak saudaranya yang datang ke rumah mangsa.

    “Terdahulu, pengadu memeriksa rumah mangsa selepas menghidu bau busuk datang dari rumah mangsa dan masuk ke dalam kediaman pada jam 4.30 petang sebelum menemui mangsa yang sudah mulai membusuk di bilik mandi tingkat atas rumah itu.

    “Mangsa dikatakan tinggal bersendirian manakala isterinya kini berada di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ujarnya, pengadu yang menjumpai mayat tersebut terus menghubungi pihak polis pada jam sekitar 6.08 petang pada hari yang sama.

    Mayat mangsa diusung keluar dari bilik mandi sebelum dihantar ke Hospital Kapit

    Tambah Freddy, pemeriksaan awal di tempat kejadian dan ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Mayat mangsa telah dibawa ke Hosptial Kapit untuk bedah siasat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Hari Lahir 55 Tahun DEB: Masih Adakah Yang Ingat? Bhgn. 2/3

    0
    Siling yang Mengekalkan Ketidaksamaan Inilah kelemahan reka bentuk yang kritikal: dengan mentakrifkan penyertaan Bumiputera sebagai menerima bahagian daripada kekayaan sedia ada dan bukannya mencipta kekayaan baharu, DEB telah...