More
    Home Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau 2019 Dijalankan Serentak di Lokasi...

    Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau 2019 Dijalankan Serentak di Lokasi Berbeza Seluruh Sarawak

    Kuching, 13 April 2019 (SNN)- Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid dan Surau 2019 dijalankan serentak di lokasi berbeza di seluruh 12 bahagian di Sarawak. Kursus ini merupakan kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

    Terdapat tiga objektif kursus ini dijalankan iaitu yang pertama membawa semua JKP masjid dan surau ke arah halatuju yang sama bagi menjadikan masjid sebagai institusi pilihan umat Islam untuk pembangunan duniawi dan ukhrawi.

    Seterusnya objektif yang kedua pula adalah penggunaan modul yang sama dalam kursus induksi di seluruh negeri. Modul yang digunakan ini bertepatan dengan halatuju Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak dan Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Sarawak dalam bidang Pengimarahan Masjid.

    Manakala objektif yang terakhir pula adalah bagi mengeratkan silaturahim di sesama ahli jawatankuasa masjid dan surau dan JKP masjid/surau dengan kepimpinan Jabatan Agama Islam Sarawak di seluruh peringkat.

    Berikut adalah senarai lokasi kursus berkenaan beserta dengan jumlah kehadiran peserta:
    1. Auditorium Yayasan Sarawak, Kuching 
    – 178 orang peserta

    2. Pusat Islam Tun Ahmad Zaidi (PIHTAS), Samarahan 
    – 112 org peserta

    3. Masjid Bahagian Serian 
    – 15 org peserta

    4. Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman 
    – 42 org peserta

    5. Lobi Pejabat Kerajaan Negeri, Betong 
    – 80 org peserta

    6. Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei 
    – 16 org peserta

    7. Masjid An- Nur, Sibu 
    – 114 org peserta

    8. Masjid At-Taqwa, Oya, Mukah 
    – 102 org peserta

    9. Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit 
    – 14 org peserta

    10. Masjid Assyakirin, Bintulu 
    – 111 org peserta

    11. Auditorium, Kompleks Islam Miri 
    – 160 org peserta

    12. Pusat Pembangunan Komuniti Melayu, Limbang 
    – 56 org peserta

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    0
    KUCHING, 24 FEBRUARI 2025: Hospital Gleneagles bernilai RM400 juta yang menyediakan 200 katil akan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia termasuklah prosedur pembedahan canggih kepada pesakit...