Kongsi Kepakaran Bendung Covid-19: Pakar Perubatan dari China kunjungi UNIMAS

0
202
Rombongan seramai lapan orang yang diketuai oleh Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Guangdong, Dr Li Jun ke UNIMAS disambut oleh Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suhaidi, Naib Canselor UNIMAS dan rombongan.

KOTA SAMARAHAN, 29 April 2020 (SNN): UNIMAS telah menerima kunjungan daripada pakar perubatan negara China bagi membantu usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Rombongan seramai lapan orang yang diketuai oleh Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Guangdong, Dr Li Jun, disertai Dr Wen Miaoyun, Dr Zhang Youping, Dr Liu Tao, Dr Sun Juifeng, Dr Yang Shifang, Dr Luo Xiaodan dan Dr Liu Tao berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dengan Kerajaan Malaysia termasuk usaha menangani wabak COVID-19. Lawatan ke Sarawak diadakan selama tiga hari. Antara agendanya ialah mengunjungi UNIMAS untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka mengenai cara-cara yang digunapakai di negara mereka dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Lawatan semalam ke UNIMAS disambut oleh Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suhaidi, Naib Canselor UNIMAS; Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Profesor Dr Lo May Chiun, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Enterprise; Prof Dr Asri Said, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Profesor Dr David Perera, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK); Profesor Madya Dr Ehfa Binti Bujang Safawi, Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS; Datu Profesor Andrew Kiyu dan pegawai-pegawai UNIMAS yang lain.

Delagasi ini telah berkongsi kaedah amalan terbaik yang digunapakai di China dalam usaha mereka melawan COVID19. Antaranya, Dr Li Jun menekankan bahawa pengesanan awal, pengasingan awal dan rawatan awal adalah kaedah terbaik membendung pandemik ini. Beliau turut menyatakan Malaysia telah mengambil tindakan yang wajar untuk mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berada di Fasa tiga dan akan disambung ke Fasa empat iaitu sehingga 12 Mei 2020.

Selain itu, saringan komuniti juga adalah perlu, tambahnya. Beliau turut memaklumkan bahawa di China, satu aplikasi khas telah dibangunkan untuk memeriksa status kesihatan individu yang dinamakan Health Qr Code Assessment untuk menentukan samada seseorang individu itu berisiko untuk menjangkiti orang lain. Tahap risiko juga turut dibahagikan mengikut kaedah tertentu, hampir sama seperti yang dilakukan di Malaysia iaitu pembahagian daerah yang mempunyai kes positif Covid19 kepada zon merah, kuning dan hijau.

Delegasi ini turut bekunjung ke Makmal Ujian Diagnostik bagi mengesan Covid-19 di Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti UNIMAS. Pasukan yang diketuai oleh Prof Dr David Perera telah menguji 5000 sampel setakat ini.

Semasa di bilik mesyuarat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here