KUCHING, 14 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung penemuan mayat seorang bayi yang dibuang dalam keadaan tragis di belakang bangunan Maybank Jalan Bukit Mata pada semalam, seorang remaja dipercayai ibu kepada bayi ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah kuching, ACP Awang Din Awang Gani, pihakjya menerima laloran berhubung penejuan mayat seorang bayi daripada oerang awam sekitar jam 9.20 malam semalam.
“Beberapa anggota yang ditugaskan ke lokasi kejadian menemui mayat bayi yang terbaring dengan kesan luka di bahagian kepala.
“Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang remaja perempuan warganegara tempatan berumur sekitar 19 tahun dipercayai ibu kepada bayi di sebuah hotel berdekatan dengan lokasi kejadian,” katanya dalam sidang media hari ini.
Tambah beliau, mayat bayi dan suspek berkenaan telahpun dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut manakala suspek dirujuk untuk rawatan.
Ujarnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan.