More
    Home Sarawak Samarahan Ir Aidel Lariwoo tinjau sendiri projek rakyat di kawasan DUN Sadong Jaya

    Ir Aidel Lariwoo tinjau sendiri projek rakyat di kawasan DUN Sadong Jaya

    SADONG JAYA, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Pelaksanaan projek-projek rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya telah dirancang dengan teliti bersama-sama agensi terlibat serta pemimpin masyarakat di kawasan itu.

    Tidak hanya itu pandangan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut diperlukan sebelum memutuskan memulakan projek untuk dilaksanakan.

    Pendekatan ini adalah inisiatif yang diambil oleh ADUN Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo sendiri bagi memastikan setiap projek yang akan dilaksanakan menepati objektif yang diperlukan oleh rakyat di kawasan itu.

    Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan dan tinjaun ke tapak-tapak projek rakyat yang sedang giat dilaksanakan di kawasannya itu.

    Aidel melihat sendiri senarai projek rakyat yang sedang dilaksanakan bagi kawasan DUN Sadong Jaya

    Antara projek yang ditinjau adalah projek jalan perhubungan kampung, jalan pertanian dan jalan kebun bagi memudahkan penduduk kampung yang kebanyakannya di kawasan itu adalah petani dan pekebun lebih mudah untuk membawa hasil mereka keluar dan dipasarkan.

    Turut hadir sama mengiringi lawatan itu adalah pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Ketua-Ketua Masyarakat dan JKKK DUN Sadong Jaya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...