More
    Home Sarawak Mukah Kerajaan Sarawak melalui UNIFOR komited bantu agama lain di negeri ini

    Kerajaan Sarawak melalui UNIFOR komited bantu agama lain di negeri ini

    MUKAH, 11 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) teru komited membantu gereja dan agama-agama lain di negeri ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, jawatankuasa agama harus mempunyai perancangan dan urustadbir yang sistemaik agar belanjawan dana dapat dimanfaat dengan sewajarnya.

    “UNIFOR ditubuhkan sebagai agensi kerajaan bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada gereja dan kuil.

    “Harapan kami agar peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaat dengan baik serta memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalankan aktiviti keagamaan,” kata beliau semasa menyerahkan dana RM500,000 daripada UNIFOR kepada enam buah rumah ibadat di Balingian pada Khamis.

    Wakil-wakil setiap rumah ibadat yang hadir menerima dana dari UNIFOR

    UNIFOR diperkenalkan sebagai sebuah pertubuhan yang mempromosikan keharmonian antara agama selain menilai, mencadangkan dan merumuskan dasar, dan peraturan yang berkaitan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...