More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan GPS Negeri Sarawak Tambah RM1.5 Billion Untuk Pembangunan Limbang dan Lawas

    Kerajaan GPS Negeri Sarawak Tambah RM1.5 Billion Untuk Pembangunan Limbang dan Lawas

    LAWAS (SNN) – KERAJAAN GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) NEGERI SARAWAK telah menambah RM1.5 billion untuk pelbagai projek pembangunan bagi Daerah Limbang dan Lawas untuk tahun 2019 dan 2020.  Peruntukan yang besar ini telah diluluskan oleh RECODA untuk Northern Region Development Agency (NRDA) yang merangkumi dua daerah di utara Sarawak.  Penduduk Limbang dan Lawas sangat gembira mendengar berita ini dan memuji Kerajaan GPS yang perihatin tentang hasrat rakyat di dua daerah yang jauh dari ibu negeri, Bandaraya Kuching.  Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan masih belum lagi memberi peruntukan tahun 2019 untuk projek-projek di sini, termasuk projek yang terbengkalai di daerah ini seperti Hospital Daerah Lawas.

    Back

    2. Taklimat Khas

    Berita gembira ini telah diumumkan olehTimbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah bin Ali Hasan semasa merasmikan Taklimat Khas Projek Pembangunan Kawasan Northern Region Development Agency pada 12 Disember 2018 di sebuah hotel di pekan Lawas. Beliau adalah wakil rakyat N82 Bukit Sari Lawas sendiri dan juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Pengerusi NRDA.  Katanya, YAB Ketua Menteri telah merestui penubuhan NRDA memandangkan RECODA hanya terlibat sehingga Miri sahaja dan di samping itu kawasan di pedalaman telah mempunyai URDA (Ulu Rejang Development Agency) dan HDA (Highland Development Agency) sedangkan kawasan pesisir Daerah Limbang dan Lawas masih tertinggal.

    Sebagai anak tempatan, Awang Tengah sedia maklum tentang potensi semula jadi Daerah Limbang dan Lawas dan lokasinya berdekatan dengan bandar besar di Brunei Darussalam, Labuan dan Kota Kinabalu.  Beliau memaklumkan bahawa potensi itu antara lain adalah dalam bidang pertanian, penternakan kerbau dan lembu dan pelancongan. Bagaimanapun projek infrastruktur akan menjadi keutamaan agar pontensi yang ada itu dapat dibangunkan. Dengan peruntukan yang besar tersebut pembangunan dua daerah ini akan menjadi lebih holistik.  Kerajaan Pakatan Harapan, katanya, hanya menjanjikan harapan yang masih tinggal harapan sahaja.

    Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan ucapan perasmian
    Back
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...