More
    Home Sarawak Betong Kembara Jelajah Sarawak Sempena Sambutan 50 Tahun Bina-Hikmah

    Kembara Jelajah Sarawak Sempena Sambutan 50 Tahun Bina-Hikmah

    Lawas, 19 Mac 2019 (SNN) : Kembara jelajah Sarawak sempena sambutan 50 Tahun Bina-Hikmah akan bermula dari Lawas dan berakhir di Kuching. Sebagai mengenang jasa pengasas, para pemimpin, tokoh-tokoh, daie-daie, para sukarelawan serta ahli-ahli Bina dan ahli-ahli Hikmah, maka pada tahun 2019 ini berlangsungnya sambutan 50 tahun Bina-Hikmah dengan tema “50 Tahun Bina-Hikmah : Menjana Pembangunan Ummah”.

    Antara acara utama sempena sambutan 50 tahun ini adalah Kembara Bina Hikmah ke 50 Tahun yang bermula dari Lawas ke Kuching.  Kembara ini bermula pada tarikh 17 Mac 2019 dan dijadualkan berakhir di Kuching pada 7 April 2019. Sepanjang kembara tersebut rombongan kembara akan singgah dan bermalam di beberapa destinasi temasuk Miri, Bintulu, Sibu, Saratok, Sri Aman dan Lundu. Destinasi terakhir adalah Kuching, di mana rombongan kembara akan disambut oleh Hikmah Cawangan Kuching pada tarikh 7 April 2019.

    Sepanjang kembara tersebut, pelbagai aktiviti akan dilakukan sebagai pengisian acara. Ini termasuklah penyampaian titik sentuhan atau sumbangan kepada golongan yang memerlukan, seperti anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang miskin, mangsa bencana alam dan sebagainya. Seterusnya ziarah ke rumah golongan asnaf yang terpilih turut dilakukan serta dalam masa yang sama melakukan pengedaran brochure, pelekat kereta, bahan bacaan dan hebahan kepada masyarakat setempat. Ceramah agama oleh ustaz-ustaz tempatan turut sama dilakukan selain pembukaan kaunter dan booth pendaftaran untuk keahlian baharu Hikmah.  Tidak ketinggalan bacaan yasin dan tahlil turut diadakan di setiap hentian  yang terlibat.

    Antara objektif Kembara Hikmah 50 kali ini adalah sebagai medium untuk mempromosikan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bina-Hikmah serta memupuk budaya penyayang melalui aktiviti sukarelawan yang diadakan. Selain itu dapat menggerakkan golongan belia dalam masyarakat setempat serta memperatkan lagi ukhwah sesama belia dan masyarakat setempat. Dalam masa yang sama dapat membangun potensi dan kepimpinan belia yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah serta memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia sambil melakukan ibadah, di samping dapat menggalakkan kolaborasi  pelbagai agensi yang terlibat.

    Sejarah  Harakah Islamiah (HIKMAH) Secara Ringkas

    Harakah Islamiah (HIKMAH ) merupakan sebuah pertubuhan dakwah Islam yang meneruskan perjuangan Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA). Sejarah awal penubuhan Bina bermula pada tahun 1968 iaitu hasil daripada resolusi Kongres Islam Malaysia Timur yang diadakan di Kuching Sarawak pada 3-5  Mei 1968. Kongres Islam Malaysia Timur yang diadakan ini bertujuan untuk mencetuskan semangat baru dalam jiwa para belia dan pemuda untuk menegakkan syiar Islam terutamanya berkaitan dengan akidah umat Islam. Untuk merealisasikan usaha tersebut, maka ditubuhkan sebuah pertubuhan dakwah yang dikenali sebagai Bina untuk menjaga serta mendidik umat Islam untuk terus menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Bina  dengan rasminya telah ditubuhkan pada 3 April 1969 bersamaan dengan 15 Muharam 1389H.

    Seterusnya  pada 18 September 1993 bersamaan 2 Rabiulakhir 1414H, satu resolusi untuk meminda Perlembagaan Bina telah dilakukan dalam Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan Bina yang ke-11. Ini sekaligus  menukarkan namanya kepada Harakah Islamiah (HIKMAH) dan digunapakai sehingga kini.

    Promosi Kembara Hikmah 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...