More
    Home Sarawak Samarahan 16 Projek Berjumlah RM5 Juta Untuk Sebuyau

    16 Projek Berjumlah RM5 Juta Untuk Sebuyau

    SEBUYAU, 19 Mac 2019 (SNN)- Sebanyak 16 buah projek RTP telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Sarawak yang berjumlah keseluruhan RM5 juta untuk DUN Sebuyau.  Demikian menurut ADUN N.27 merangkap Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Haji Narawi yang telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa buah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di sekitar Sebuyau.

    Peruntukan tersebut telah diluluskan pada tahun lepas dan kebanyakan projek berkenaan sudah pun bermula bermula januari tahun ini. Dalam lawatan tersebut, sebanyak 8 daripada 16 tapak projek telah dilawati oleh Julaihi dan rombongan.

    Antara lawatan projek yang dilakukan termasuklah lawatan ke tapak projek bina baru padang futsal Kampung Tebelu, Sebuyau, lawatan ke tapak projek bina baru padang futsal Kampung Lunying, Sebuyau,  lawatan ke tapak projek bina baru padang sukan petanque Kampung Lot, Sebuyau, lawatan ke tapak projek bina baru padang futsal Kampung Ketimbong, Sebuyau, lawatan ke tapak bina baru padang futsal bersebelahan dengan Dewan Masyarakat Kampung Jeragam, Sebuyau, lawatan ke tapak projek menaik taraf Dewan Masyarakat  Entangor dan lawatan ke surau Kampung Baru Sebuyau.

    Lawatan ke tapak projek Bina Baru Padang Futsal Kampung Lunying, Sebuyau sambil berbincang dengan Tuai Rumah Gindi ak Achang dan pemimpin tempatan.

    RTP diperkenalkan mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 2014 dengan setiap ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing. Nilai sebanyak RM5 juta tersebut adalah berbentuk projek dan bukan tunai yang diberikan kepada setiap ADUN yang akan menyenaraikan projek-projek yang hendak dibuat untuk setiap tahun. RTP merupakan usaha kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur luar bandar menggunakan dana sendiri.

    Turut hadir dalam lawatan tapak tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa RTP Sebuyau yang terdiri daripada kesemua ketua-ketua jabatan dan pegawai dari bahagian Samarahan, daerah Simunjan dan Sebuyau.

    Lawatan ke tapak projek menaik taraf Dewan Masyarakat Dewan Masyarakat Entangor.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...