LAWAS, 05 MAC 2021 (SNN) : Penggunaan Air Bukit di Ulu Merapok akan digantikan dengan sumber bekalan air bersih terawat secara konsisten oleh kerajaan negeri Sarawak dalam masa terdekat ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, prihatin terhadap keperluan penduduk kawasan itu yang memerlukan sumber air yang bersih kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuklah penyediaan sumber air yang bersih bagi menggantikan penggunaan air bukit.
Tidak hanya itu, kita turut akan menaiktaraf kapaaiti loji air di kawasan tersebut bagi membolehkan sumber air dapat menampung keperluan masyarakat setempat khususnya kawasan kampung yang berada disekitarnya.
Beliau berkata sedemikian semasa berucap dalam program Walkabout Menaik Taraf Dewan Kampung Bukit Manang, Merapok baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja naik taraf Dewan Kampung Bukit Manang, RM10,000 TADIKA Akar Baik, RM5,000 Gereja Kampung Bukit Manang, RM5,000 Persatuan Wanita Kampung Bukit Manang dan RM5,000 untuk Pakaian Tradisi Kampung Bukit Manang.
Jelasnya, beliau menyeru agar masyarakat di kampung berkenaan akan terus bekerjasama dan menjaga keharmonian antara satu sama lain walaupun berbilang kaum kerana itu akan memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek rakyat.-SUMBER UKAS.