More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi mahu belia di kawasan DUN Sebuyau terlibat dalam bidang pertanian

    Datuk Julaihi mahu belia di kawasan DUN Sebuyau terlibat dalam bidang pertanian

    SEBUYAU, 04 MAC 2021 (SNN) : Jawatankuasa Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sebuyau akan melaksanakan projek pertanian bagi menarik lebih ramai golongan belia untuk menceburi bidang pertanian yang juga boleh dijadikan satu perniagaan.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Daruk Julaihi Narawi berkata, sektor pertanian mempunyai potensi yang besar dalam mengubah status sosioekonomi rakyat jika diusahakan dengan serius.

    “Peruntukan untuk melaksanakan projek ini telah diagihkan bagi menggalakkan golongan belia dan pemuda menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan sekaligus meningkatkan sektor ekonomi di kawasan ini.

    “Kita galakkan mereka untuk menanam tanaman yang mempunyai potensi dan nilai di pasaran seperti tanaman jagung, terung, labu, dan lain-lain lagi,” kata beliau semasa melakukan tinjauan ke tapak projek pertanian pada Rabu.

    Tambah beliau, peruntukan sebanyak Rm3,000 juga diberikan kepada kampung yang terlibat melaksanakan projek pertanian tersebut iaitu Kampung Masjid, Kampung Hulu Sebuyau, Kampung Baru dan Kampung Seberang.

    Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Sebuyau merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas usaha bagi membantu mereka yang menceburi bidang pertanian terutama galakan terhadap golongan belia dan berharap program berkenaan dijalankan dengan jayanya.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak komited terus maju dalam menghadapi cabaran antarabangsa termasuk perubahan iklim...

    0
    LONDON, 24 APRIL 2024: Sarawak komited untuk berkembang dan bangkit mencapai kejayaan serta berazam untuk kekal berdaya saing dan relevan sambil mencipta peluang untuk...