DARO, 22 DISEMBER 2020 (SNN) : Penganjuran Karnival Sukan Saberkas (KASUS) 2020 Cawangan Daro menjadi lambang penyatuan masyarakat pelbagai kaum dalam mengikut serta acara sukan yang dianjurkan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, kejayaan unit Saberkas ini dalam menganjurkan karnival untuk penduduk kampung sekaligus memainkan peranan dalam membentuk perpaduan serta silaturahim antara mereka melalui penyertaan acara yang dianjurkan.
“Penyertaan acara memancing kali ini dilihat mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih 143 peserta yang turut serta termasuklah saya sensdiri.
“Kita percaya dengan kejayaan melaksanakan karnival seperti ini sudah pasti mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan peserta, pengunjung dan khsususnya ahli-ahli Saberkas itu sendiri,” katanya ketika menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Memancing sempena KASUS 2020 Saberkas Cawangan Daro di Kampung Tebaang, Daro pada Ahad.
Dalam majlis yang sama, Safiee Ahmad turut merasmikan Bangunan Pusat Sumber JKKK Kampung Tebaang Daro yang telah siap dibaikpulih.