More
    Home Sarawak Bintulu Kanak-kanak maut disambar buaya ketika mandi sungai

    Kanak-kanak maut disambar buaya ketika mandi sungai

    BINTULU, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Seorang kanak-kanak dipercayai maut disambar oleh buaya ketika sedang mandi di sungai Kampung Hilir Tatau, Bintulu pada Isnin.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

    “Dua anggota bomba yang tiba dilokasi memberitahu maklumat awal yang diperolehi mengatakan mangsa, Affanirul Abdullah, 14 tahun, bersama seorang lagi rakan sedang leka mandi di sungai berkenaan sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan air.

    “Susulan itu, operasi dan menyelamat (SAR) dijalankan dan hari ini mayat mangsa telahpun dijumpai kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang,” kata kenyataan itu.

    Pihak bomba menambah, mayat mangsa yang dijumpai bagaimanapun dalam keadaan tidak sempurna dengan kaki kiri patah serta tangan kanan terputus dipercayai dibaham oleh seekor buaya.

    Ekoran penemuan mayat mangsa, operasi SAR ditamatkan serta-merta dan mayat mangs diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

    mayat mangsa di serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Masih banyak kekosongan guru di Sarawak walaupun sesi pengambilan Guru Khas...

    0
    KCHING, 12 FEBRUARI 2025 (SNN): Masih terdapat banyak kekosongan untuk jawatan guru di Sarawak meskipun sesi pengambilan guru khas Sarawak baru-baru ini hampir selesai,...