Julaihi Ingatkan Rakyat Sambut Gawai Ikut SOP

0
176
Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Sebuyau Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (Foto : ADUN N.27 Sebuyau)

Kuching, 01 Jun 2020 (SNN): Amalan kunjung mengunjung atau Ngabang Gawai dari rumah ke rumah dan rumah panjang ke rumah panjang  sempena Gawai Dayak tidak dibenarkan. Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Sebuyau Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Haji Narawi merangkap Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam berkata ini selari dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang mana sambutan Hari Gawai pada 1 Jun ini hanya dibenarkan disambut sehari sahaja dengan kapasiti 20 ahli keluarga dan jiran terdekat.

Beliau juga dalam kenyataannya ketika dihubungi mengucapkan selamat menyambut hari Gawai kepada masyarakat Dayak di seluruh Malaysia khasnya di Sarawak dan Sebuyau. Julaihi juga berkata, “kita sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang untuk meraikan satu lagi perayaan hasil keharmonian masyarakat majmuk walaupun dalam suasana yang agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya”.

“Seperti kita semua maklum, wabak Covid-19 telah merubah lanskap ketamadunan manusia dalam pelbagai perkara pada tahun ini (2020). Justeru di kesempatan ini juga saya menyeru kaban belayan/menyadi semua agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan khasnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)”.

“Biarlah kita menyambut perayaan kali ini dalam kesederhanaan kerana apa yang lebih penting bagi manusia segajat hari ini ialah kesihatan dan keselamatan daripada Covid-19. Sama-sama kita mengingati antara kita agar sentiasa dilindungi serta dijauhi daripada wabak ini. Saya amat berharap agar perayaan ini menjadi lebih bermakna dengan menjadikan faktor keselamatan perkara utama di samping menyambutnya dengan ahli keluarga serta sanak saudara terdekat”.

Akhirnya beliau mengingatkan rakyat Sarawak untuk sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan dan Selamat menyambut Hari Gawai. Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang, Nguan Menoa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here