More
    Home Jom Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan

    Jom Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan

    SNN Opinion, 25 April 2020 : Ramadhan, raja segala bulan yang di dalamnya terdapat seribu hikmah. Bulan suci yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mahu mengejar fadilat di bulan mulia ini. Selain dari berpuasa, pastinya ramai Muslim yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadat sunat untuk memperolehi pahala berganda.

    Salah satu daripada amalan yang sangat dituntut pada bulan Ramadhan adalah membaca Al-Quran. Adalah menjadi impian semua umat Islam untuk menghabiskan bacaan apatah lagi dapat mengkhatam Al-Quran dalam tempoh 30 hari sepanjang bulan Ramadhan.

    Al-Qur’an merupakan kitab suci umat Islam sebagai pedoman dalam hidupnya. Sudah tentunya sebagai umat Islam kita harus memperbanyakkan amalan membaca Al-Qur’an, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Al-Qur’an memiliki 30 Juzuk dan dari setiap Juzuk terdiri dari 10 lembaran yang membawa maksud setiap Juzuk masing-masing memiliki 20 halaman.

    Berikut dikongsikan antara kaedah yang boleh dilakukan untuk merealisasikan bacaan 30 Juzuk sepanjang Ramadhan.

    Cara Khatam Al-Quran 1 kali sebulan : Tetapkan target anda iaitu menyelesaikan bacaan 1 Juzuk setiap hari dan dilakukan secara berterusan dalam tempoh 30 hari. Anda boleh membaca Al-Quran dalam 4 hingga 5 muka surat sebelum dan sesudah solat (5 waktu). Ini kerana kitab mulia Al-Quran mengandungi 604 muka surat, jika dibahagikan kepada 30 hari, ini bermakna anda hanya perlu membaca 20 helai muka surat setiap hari. Jika dapat baca lebih dari itu lebih baik.

    Cara Khatam Al-Quran 2 kali sebulan : Untuk membolehkan anda menghabiskan 30 Juzuk Al-Quran sebanyak 2 kali dalam sebulan, anda hanya perlu membaca 8 helai muka surat setelah selesai setiap solat fardu (5 waktu).

    Cara Khatam Al-Quran 3 kali sebulan : Manakala jika anda mahu khatam sebanyak 3 kali dalam sebulan, anda boleh membaca sebanyak 12 helai muka surat Al-Qurab setiap selesai waktu solat.

    Selain itu anda juga perlu meluangkan masa lapang anda untuk membaca Al-Quran. Contohnya ketika waktu rehat tengahari, ada boleh ambil sedikit masa untuk menambah helaian bacaan anda. Dalam masa yang sama, pastikan anda mencatat helaian muka surat yang sudah dibaca.

    Khatam Al-Qur’an  juga merupakan anjuran Nabi Muhammad SAW , walaupun kebanyakan ulama berpendapat bahawa membaca Al-Qur’an tidak ada batasan hari untuk kita membacanya,  semuanya bergantung kepada kekuatan dan semangat yang dimiliki oleh setiap orang secara berbeza-beza.

    Apa yang paling penting ialah niat untuk mengkhatam Al-Quran. Jika sudah berniat ke arah benda yang baik, Insyallah Allah akan selalu membantu dan mempermudahkan. Tapi dalam masa yang sama, pastikan anda berusaha untuk capai target anda khatam Al-Quran dalam masa 30 hari.

     Justeru tunggu apa lagi? Jom kita baca Al-Qur’an dan khatam Al-Quran.

    Sumber : Celik Al-Quran, Dalam Islam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...