More
    Home JKM Akan Pastikan Kebajikan Warga Emas Dijaga Sebaik Mungkin

    JKM Akan Pastikan Kebajikan Warga Emas Dijaga Sebaik Mungkin

    KUCHING, 05 April 2019 (SNN)- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan memastikan setiap penghuni warga emas yang berada di bawah jagaan Rumah Sri Kenangan dan Desa Bina Diri akan dijaga dengan sebaik mungkin.

    Menurut Menteri Kebajikan, Kesejateraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, mereka yang berada di institusi dan desa bina diri ini akan menerima perkhidmatan penjagaan yang baik selain memastikan mereka terus sihat dan boleh berdikari.

    “Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan warga emas yang berada di Rumah Sri Kenangan dan Desa Bina Diri berjumlah 134 orang. “Daripada jumlah ini, 69 orang berada di Rumah Sri Kenangan di Kuching, 39 orang di Rumah Sri Kenangan di Sri Aman dan 26 orang lagi di Desa Bina Diri di Kuching.

    “Kita (JKM Sarawak) akan memastikan setiap warga emas yang berada di institusi ini berada dalam keadaan baik dan mengembirakan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Program Terapi Seni dan Muzik Bagi Warga Emas dan Orang Papa (Gelandangan) di Hotel 56, semalam.

    Program Terapi Seni Dan Muzik merupakan salah satu program yang mampu meningkatkan kecerdasan emosi warga emas dan orang papa yang telah diselamatkan ke arah meningkatkan keceriaan dan kesejahteraan penghuni institusi agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di dalam institusi. 

    Berdasarkan sumber Jabatan Statistik Malaysia, unjuran jumlah penduduk Sarawak pada tahun 2018 adalah 2.8 juta di mana 7.3 peratus adalah penduduk yang berusia 65 tahun dan lebih.  Fatimah turut menjelaskan dari Januari hingga Februari 2019, JKM Sarawak telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM14,896,280 untuk 21,881 orang penerima Bantuan Orang Tua (BOT) di seluruh Sarawak.”Mereka ini menerima bantuan sebanyak RM350 seorang,” jelasnya. 

    Terdapat juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan warga emas ini antaranya Sarawak Gerontology & Geriatrics Society, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE). Tarifan Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan keatas seperti yang diterima pakai dalam “United Nations World Assembly on Ageing in 1982” di Vienna. 

    Sementara itu, unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk negara.

    Hadir sama pada majlis tersebut, Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Joni bin Nuruddin, Pengerusi Pertubuhan Gerantologi dan Gertiatric Sarawak Dennis Tan dan Pegawai Kaunselor IPG Kampus Tun Abdul Razak Dr. Christine Augustine.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan...

    0
    KUCHING, 20 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lokasi pembinaan Lapangan Terbang baharu yang terletak di Tanjung Embang Asajaya setelah menilai beberapa...