More
    Home Sarawak Mukah Jangan leka dan jadi mangsa Covid-19, ADUN Tellian

    Jangan leka dan jadi mangsa Covid-19, ADUN Tellian

    MUKAH, 05 NOVEMBER 2020 (SNN) : Masyarakat Mukah diingatkan agar tidak leka dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengelak menjadi mangsa wabak Covid-19.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo menegaskan agar semua pihak memainkan peranan sebagai petugas barisan hadapan bagi bersama-sama mencegah penularan wabak covid-19 berkenaan.

    “Ambil teladan seperti apa yang telah berlaku di kawasan Kampung Haji Baki selepas dikesan beberapa kes positif covid-19 sehingga kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Community Action Programme (CAP) di Dewan Masyarakat Kampung Kuala Lama Mukah, semalam.

    Penyerahan cenderahati kepada wakil komuniti daripada agensi pelaksana

    Tambah beliau, program seperti ini dijalankan adalah sebagai platform pemudah cara diantara komuniti setempat dengan kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan untuk turun padang memberi penjelasan serta bertukar pandangan berkaitan isu-isu dan dasar kerajaan.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...