More
    Home Sarawak Limbang Jangan gusar untuk mendaftar menerima suntikan vaksin Covid-19-Awang Tengah

    Jangan gusar untuk mendaftar menerima suntikan vaksin Covid-19-Awang Tengah

    LAWAS, 02 MAC 2021 (SNN) : Penduduk di Sarawak khususnya di kawasan Lawas dan luar bandar disarankan agar tidak perlu khawatir bagi mendaftarkan diri mereka untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dan perkara ini harus diyakinkan melalui ketua masyarakat di kawasan masing-masing agar penduduk kampung bersedia menerima suntikan itu.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peranan ketua masyarakat dan kakitangan jabatan kerajaan adalah penting bagi meningkatkan keyakinan penduduk kampung untuk menerima suntikan vaksin kerana suntikan ini memberikan peluang kepada mereka bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dan juga kos suntikan vaksin ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

    “Setiap individu boleh mendaftarkan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 melalui aplikasi My Sejahtera dan juga secara manual, oleh itu tidaklah perlu takut untuk mengambil vaksin ini kerana ia akan meningktkan sistem imunisasi sekali gus menjaga diri kita daripada terjangkit virus berkenaan.

    “Saya sendiri sudah menerima suntikan vaksin tersebut di Kuching dan tidak lama lagi petugas barisan hadapan di Limbang dan Lawas akan turut menerima vaksin berkenaan pada 6 dan 7 Mac ini,” kata beliau semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan Cek Pampasan Tanah dan Perasmian Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Cawangan Lawas di sini, hari ini.

    Dalam majlis tersebut, Awang Tengah menyampaikan cek pampasan kepada 18 pemilik tanah yang terbabit dalam pembinaan jalan raya dari Kampung Punang ke Sungai Bangat berjumlah RM686,225. Selain itu, tanaman penduduk yang ditebang bagi memberi laluan kepada projek itu juga akan diberi pampasan berdasarkan kadar baru pada masa ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...