More
    Home Lain-lain Parti Masing ditimpa malang lagi

    Parti Masing ditimpa malang lagi

    KUCHING, 7 Mac 2019 (SNN) Tan Sri James Masing ditimpa malang lagi apa bila tiga orang pemimpin Iban keluar Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini. Akhbar tempatan BorneoPost Online melaporkan malam ini mereka yang keluar parti itu adalah Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat dan dua bekas Ahli Parlimen, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk William Nyallau Badak. Seramai 11 orang lagi turut keluar parti Iban tersebut.

    Mereka dilaporkan telah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dipimpin oleh YB Datuk Wong Soon Koh sebagai Presiden dan Datuk Dr. Jurip Susil, Timbalan Presiden. PSB asalnya adalah United People Party (UPP), serpihan dari SUPP, yang baharu sahaja diluluskan dengan nama terkini.

    Pemimpin Iban lain yang menyertai PSB adalah bekas ADUN Marudi dan Menteri Muda Kemudahan Awam, Datuk Slyvester Entri Muran dan Encik Banyi Beriak, Pemangku Presiden Rakyat Sarawak (Teras).

    Gagal Nasihat Mereka

    James Masing dilaporkan oleh Dayak Daily sebagai berkata bahawa beliau telah gagal menasihat mereka untuk berterima kasih. Beliau telah lama memimpin mereka yang keluar parti dalam politik Dayakisme sejak tahun 1987 lagi.

    Pada PRU14 yang lalu malang tidak berbau telah menimpa parti James Masing apa bila kehilangan Timbalan Presiden, Datuk Joseph Entulu dan Setiuasaha, Datuk Joseph Salang.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...