More
    Home Jambatan Bako Meriahkan Bako Fest 2019, Medium Ketengahkan Produk Tempatan

    Jambatan Bako Meriahkan Bako Fest 2019, Medium Ketengahkan Produk Tempatan

    KUCHING, 01 April 2019 (SNN)- Jambatan Bako meriahkan Bako Fest 2019, serta medium mengetengahkan produk tempatan. Menurut wakil penganjur Bako Fest 2019 Zulhadi Sidek, penganjuran Bako Fest kali ini amat bermakna kepada penduduk di Zon Bako apabila siapnya Jambatan Bako yang kini menjadi mercu tanda penduduk Kampung Bako.

    Bako Fest merupakan program tahunan yang diadakan di Zon Bako bagi mengetengahkan produk keluaran penduduk Kampung Bako selain mendekatkan rakyat dengan pemimpin setempat termasuk wakil rakyat.

    “Sebelum ini, kita telah mengadakan beberapa program dan aktiviti di Kampung Bako yang merangkumi Kampung Bako Hulu, Tengah dan Hilir,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Liga Takraw Zon Bako yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, semalam.

    Liga Takraw Zon Bako diadakan sebagai pembuka tirai bagi Bako Fest 2019 yang melibatkan penyertaan 17 pasukan dari setiap kampung di Zon Bako antaranya Kampung Bako Hulu, Tengah dan Hilir, Kampung Bako Hijrah, Kampung Bako Lot, Kampung Sungai Bako dan Taman Mesra Bako.

    Dr Hazland yang ditemui selepas majlis itu menjelaskan penganjuran program itu bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk kampung di kawasan Zon Bako selain menjadi medium kepada pemasaran produk jualan dan pameran serta aktiviti sukan dan permainan.

    “Selepas perasmian Jambatan Bako Februari lepas, kita mengadakan beberapa program dan aktiviti yang menjadi pembuka tirai kepada pra-Bako Fest 2019 seperti acara Larian Jambatan Bako, pameran TVET, sukaneka, pameran kereta, sukan angkat berat dan jualan”.

    “Hasilnya, setiap minggu Kampung Bako didatangi penduduk daripada luar yang ingin melihat Kampung Bako yang dahulunya dipisahkan dari Sungai Bako. Selepas ini akan diadakan beberapa lagi aktiviti menarik sebagai pra-Bako Fest 2019 hingga ke kemuncaknya pada bulan Jun 2019,” katanya.

    Bako Fest 2019 yang merupakan acara tahunan di kawasan Zon Bako dijadualkan akan diadakan pada 15 dan 16 Jun depan.

    Antara aktiviti yang dirancang akan diadakan di Bako Fest 2019 ialah lumba perahu, pertandingan perahu berhias, pameran hasil produk tempatan, pertandingan memancing, pamera Robotic, pameran jabatan dan agensi kerajaan, konvoi motosikal, maraton, konsert Nusantara dan sebagainya.

    Bako Fest ini mendapat kerjasama daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan DUN N.5 Demak Laut, Pusat Khidmat DUN N.5 Demak Laut, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Demak Laut, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Kejiranan Mesra (KJM).

    Liga Takraw Zon Bako merupakan antara aktiviti yang menjadi pembuka tirai kepada pra-Bako Fest 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...