KOTA SAMARAHAN, 26 Julai 2019 (SNN) – InTEX19 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 24-25 Julai 2019 di Imperial Hotel Kuching melibatkan penyertaan sebanyak 240 produk daripada pelbagai universiti dan kalangan ahli industri seluruh negara.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), sebagai penganjur utama bersama Sarawak Multimedia Authority, (SMA), Swinburne University of Technology Sarawak Campus (Swinburne), University College Technology of Sarawak (UCTS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Curtin University Malaysia (Curtin) telah bersama-sama menganjurkan Innovation Technology Exposition 2019 (InTEX19) tersebut.
InTEX19 adalah penganjuran kali ke-14 Pameran Inovasi dan Teknologi, yang bermula pada tahun 2006 sebagai Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan UNIMAS (R & D Expo). Pada tahun 2015, ia menukar namanya dari R & D Expo ke Pameran Inovasi dan Teknologi @ Innovation Technology Exposition UNIMAS (InTEX)..
InTEX19 merupakan sebahagian daripada inisiatif penyelidikan dan inovasi yang berterusan oleh UNIMAS, serta dalam masa yang sama berfungsi sebagai platform untuk ahli akademik dari UNIMAS untuk mempamerkan hasil penyelidikan mereka dan menterjemahkannya ke dalam hasil penyelidikan yang inovatif dan kreatif seperti reka bentuk dan juga produk.
Selaras dengan penyertaan UNIMAS, Swinburne, UCTS, UiTM dan Curtin di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2018 (IDECS), yang diadakan dari 13 hingga 15 Mei 2018, pihak SMA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara institusi pengajian tinggi (IHL) di Sarawak. Sehubungan dengan itu, InTEX19 telah meyaksikan kerjasama hasil MOU tersebut dengan pihak SMA sebagai penganjur bersama , manakala Swinburne, UCTS, UiTM dan Curtin sebagai penganjur bersekutu bagi ekspo tersebut.

Dengan tema “Research-Driven Innovation and Technology”, InTEX19 telah dirasmikan oleh YB Dr. Annuar Bin Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam pada satu majlis di Hotel Imperial, Kuching Sarawak semalam.
Pada majlis penutupan, Dr Annuar turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman dan Perjanjian antara UNIMAS dan pelbagai pengamal industri. Dr Annuar juga menyampaikan anugerah “Best of Cluster Research” dan anugerah “Best of Overall InTEX19” kepada pereka produk penyelidikan.
Pada majlis yang sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie menyampaikan anugerah gangsa, perak dan emas kepada pemenang projek penyelidikan. Para pemenang projek penyelidikan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada pengamal industri dan ahli akademik, dengan 62% hakim adalah dari industri.
InTEX19 adalah penganjuran kali ke-14 Pameran Inovasi dan Teknologi, yang bermula pada tahun 2006 sebagai Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan UNIMAS (R & D Expo). Pada tahun 2015, ia menukar namanya dari R & D Expo ke Pameran Inovasi dan Teknologi @ Innovation Technology Exposition UNIMAS (InTEX).
