More
    Home Hari ini dalam sejarah, 3 Disember 1949, Rosli Dhoby lakukan serangan berani...

    Hari ini dalam sejarah, 3 Disember 1949, Rosli Dhoby lakukan serangan berani mati

    SNN OPINION, 3 DISEMBER 2019 – Pada hari ini, 3 Disember 1949, 70 tahun dahulu, Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek telah melancarkan serangan berani mati terhadap gabenor penjajah British di Sibu.  Mereka tidak takut mati demi membebaskan negeri Sarawak Darul Hana daripada cengkaman penjajah kuasa asing.  Mereka adalah pejuang kemerdekaan Sarawak dan bukan untuk keluarga Brooke.  Fail yang dirampas oleh penjajah British yang penuh dengan surat menjadi bukti bahawa Gerakan Anti-Serahan adalah kebangkitan kebangsaan menentang penjajahan Brooke dan British semenjak tahun 1841 lagi.  James Brooke telah bersumpah akan memelihara dan menghormati agama Islam dan adat bangsa Melayu Sarawak untuk selama-lamanya.

    Back

    8. Surat Awang Rambli

    Dalam sepucuk surat bertarikh 14 November 1949 yang telah rampas dan kini terdapat di National Archives di London, Awang Ramli Amit, Setiausaha Kehormat, Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) menulis: “Tuan Duncan George Stewart ini juga tetap akan sampai di Sibu; kita belom tau bila masa hari nya;[sic] Di antara itu kita sangat yang ampunya hak negara mestilah dengan ber-tegap[sic] hati dan azam dengan dasar membantah perdirian [sic] sechara itu kepada beliau dengan jalan Posters ya’ni mesti ahli2 kita di-kehendaki membuat POSTER dengan mengunjamkan di tempat masing [sic] seperti biasa atau lebih dari pada biasa saterus nya[sic] “Merdeka – Tetap merdeka”.

    Peristiwa bersejarah yang harus dikenang dan dihargai adalah peristiwa Rosli Dhoby melancarkan serangan berani mati terhadap gabenor penjajah yang merampas hak kemerdekaan Sarawak Darul Hana.

    Back
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...