More
    Home Hari ini 4 kes positif Covid-19 direkodkan di Daerah Kuching

    Hari ini 4 kes positif Covid-19 direkodkan di Daerah Kuching

    KUCHING, 15 NOVEMBER 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini mencatatkan empat kes positif Covid-19 menjadikan keseluruhan kes aktif meningkat kepada 1,040 kes.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media, daripada empat kes tersebut tiganya adalah kes saringan kontak rapat kepada kes-kes positif daripada Kluster Greenhill, dan Kluster Wisma Saberkas, Kuching.

    Manakala satu kes merupakan kes baharu iaitu dikesan melalui saringan individu bergejala dan kes tersebut tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negeri. Pengesanan kontak rapat kes masih dalam siasatan.

    Hari ini juga JPBN Sarawak mengumumkan Kluster Bah Arnab ditamatkan selepas tiada kes positif dilaporkan selepas 14 hari sejak kali terakhir jumlah 12 orang disahkan positif.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...