More
    Home Lain-lain Gagal patuhi SOP penjarakan sosial 17 individu dikenakan kompaun

    Gagal patuhi SOP penjarakan sosial 17 individu dikenakan kompaun

    KUCHING, 23 JULAI 2020 (SNN) : Seramai 17 individu daripada pelanggan dan pengusaha premis dikenakan kompaun kerana gagal mengamalkan penjarakan sosial dalam dua pemeriksaan ditempat berasingan.

    Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, pemeriksaan pertama yang dilakukan pada jam 11 malam tadi di sebuah kedai makan di Jalan Pending mendapati pelanggan gerai makanan itu duduk terlalu rapat antara satu sama lain.

    “Kesemua pelanggan lelaki tersebut kemudiannya diarahkan ke Balai Sekama untuk pengeluaran kompaun,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pemeriksaan kedua pula dijalankan pada jam 10.10 pagi tadi hari ini di sebuah kedai makan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce, Bormill Commercial Centre Kuching. Pemeriksaan itu mendapati pelanggan kedai berkenaan tidak memperdulikan amalan penjarakan sosial seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

    Kesemua individu berkenaan dikompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 3, PPPPB (No.7) 2020. Kompaun yang dikeluarkan perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 dengan nilai RM1,000 setiap seorang.

    Antara individu yang dikenakan kompaun kerana gagal patuhi SOP penjarakan sosial-BERNAMA

    Katanya lagi, pemantauan dan pemeriksaan premis-premis seumpama ini akan dijalankan secara berterusan bagi mengelakkan penularan Covid-19 di negeri ini serta tindakan tegas dengan mengenakan kompaun akan dikenakan tanpa prejudis.

    Awang Din turut berharap agar orang awam khususnya pengusaha premis makanan dan para pelanggan sentiasa mengikuti SOP penjarakan sosial bagi mencegah penularan Covid-19.-BERNAMA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan...

    0
    KUCHING, 20 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lokasi pembinaan Lapangan Terbang baharu yang terletak di Tanjung Embang Asajaya setelah menilai beberapa...