More
    Home Sarawak Limbang Empat projek bekalan air akan dilaksana di kawasan DUN Batu Danau

    Empat projek bekalan air akan dilaksana di kawasan DUN Batu Danau

    LIMBANG, 23 OKTOBER 2020 (SNN) : Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) memperuntukkan dana berjumlah RM100 juta lebih bagi projek bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau dalam masa terdekat ini.

    ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, projek yang akan dilaksanakan itu bakal memberi manfaat kepada penduduk-penduduk di sekitar DUN Batu Danau.

    “Bagi pihak DUN Batu Danau kita amat bersyukur kerana diperuntukan sejumlah dana yang besar oleh NRDA bagi laksanakan projek bekalan air bersih ini.

    “Empat projek tersebut bakal melibatkan Projek Bawang Obor-Pangkalan Jawa, Projek Simpang Ukong ke Simpang Rumah Jubang, Projek Rumah Aling dan Projek Medamit-Simpang Kuala Mendalam,” katanya semasa ditemui hadir dalam Majlis Penyerahan Tangki Air anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ukong, Limbang semalam.

    Penerima tangki simpanan air bagi memudahkan mereka simpan sumber air di masa perlu

    Dalam majlis berkenaan, seramai 21 orang menerima tangki air bagi menggantikan sementara projek bekalan air bersih siap sepenuhnya yang sebelum ini bergantung dengan air paip graviti dari bukit.

    Ujar beliau, tangki air ini akan memanfaatkan penerima untuk menyimpan bekalan air bersih tatkala berlakunya musim kering kelak.

    Dalam majlis yang sama beliau turut menyerahkan cek berjumlah RM10,000 kepada JKKK Kampung Ukong untuk laksanakan projek kecil luar bandar (MRP).-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...