More
    Home Sarawak Sarikei Dua buah sekolah bakal memiliki dewan baru

    Dua buah sekolah bakal memiliki dewan baru

    MERADONG 25 JUN 2020 (SNN) – Pembinaan dua buah dewan baru masing-masing di SJK (C) Su Ming dan SJK (c) Su Tak bakal memberi manfaat kepada sekolah dan pelajar.

    ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata pembinaan dua buah dewan berkenaan adalah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Projek yang menelan kos sebanyak RM150,000 bagi SJK (C) Su Ming dan RM250,000 bagi SJK (C) Su Tak. Beliau berkata, siapnya ke dua-dua dewan ini akan membolehkan pihak sekolah menjalankan pelbagai program dan aktiviti harian seperti yang dilaporkan oleh UKAS.

    Ding Kuong Hiing bersama pihak sekolah melihat tapak pembinaan projek.

    “Siapnya dewan berkenaan akan dapat menampung jumlah kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong yang semakin bertambah,” katanya lagi. Datuk Ding turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah meluluskan peruntukan RTP bagi membina dua projek prasarana berkenaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...