More
    Home Lain-lain Dua remaja maut motosikal dibonceng bertembung dengan lori

    Dua remaja maut motosikal dibonceng bertembung dengan lori

    KOTA SAMARAHAN, 10 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Dua orang remaja masing-maisng lelaki dan perempuan maut selepas motosikal dibonceng mereka bertembung dengan sebuah lori di Batu 13, Jalan Kota Samarahan-Mambong pada jam 11.10 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, mangsa yang maut masing-masing berusia 18 dan 24 tahun itu berasal dari Kampung Sg. Riset Batu 27 Jalan Kuching-Serian.

    “Kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Batu 15, Siburan manakala lori hendak ke Kota Samarahan.

    “Setibanya dilokasi kejadian kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dan impak dari pelanggaran itu penunggang motosikal tersepit di bawah lori yang terbabas ke tepi jalan manakal penumpang terpelanting ke bahu jalan sebelum dirempuh oleh sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

    Penunggang motosikal tersepit di bawah lori meninggal dunia di tempat kejadian

    Mayat kedua-dua mangsa berkenaan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...