More
    Home Dua kes positif Covid-19 baharu dikesan di Sibu dan Miri hari ini

    Dua kes positif Covid-19 baharu dikesan di Sibu dan Miri hari ini

    KUCHING, 19 DISEMBER 2020 (SNN) : Terdapat dua kes positif baharu Covid-19 dikesan masing-masing di Daerah Sibu dan Miri hari ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Sarawak meningkat kepada 1,087 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, kes jangkitan di Sibu dikesan melalui ujian saringan pra pembedahan melibatkan seorang pesara lelaki tempatan yang ingin menjalani pembedahan di Hospital Sibu.

    Kes disahkan positif pada hari yang sama ujian saringan dijalankan dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko serta mempunyai kontak rapat mana-mana pesakit Covid-19.

    Kes ke-1,087 pula melibatkan individu yang merupakan seorang guru yang baru pulang dari kawasan berisiko Covid-19 iaitu Selangor. Kes telah diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Miri dan menjalani ujian saringan. Kes dikategorikan sebagai kes import.

    JPBN Sarawak juga hari ini mengumumkan Kluster Besi, Demak Laut diisytiharkan tamat selepas tiada jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 28 hari kes mula dikesan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...

    0
    KUCHING, 31 MAC 2025: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara pada hari...