More
    Home Sarawak Samarahan ‘Diaspora Fusion’ Dapat Sambutan Hangat Warga Samarahan

    ‘Diaspora Fusion’ Dapat Sambutan Hangat Warga Samarahan

    Kota Samarahan, 05 Mei 2019 (SNN)- Acara peragaan fesyen ‘Diaspora Fusion’ yang telah dianjurkan oleh pelajar program Pengurusan Seni Tahun Satu dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS pada sabtu lepas telah mendapat sambutan hangat daripada komuniti sekitar Kota Samarahan.

    Peragaan fesyen tersebut merupakan kerjasama di antara pelajar program Tekstil dan Fesyen Tahun Satu dan Dua, Persatuan Mahasiswa Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Sesi 2018/2019 dan pelajar Fesyen dari Kolej Komuniti Kuching (KKK).

    Tema ‘Diaspora Fusion’ membawa maksud ‘disperse’ atau ‘spread’ yakni dalam Bahasa Melayu ianya merujuk kepada sekumpulan masyarakat pelbagai bangsa atau etnik yang melakukan penyebaran dari satu tempat ke tempat yang lain. Manakala ‘fusion’ pula bermaksud gabungan dua benda atau lebih daripada tradisi yang berbeza. Tema ini bertepatan dengan hasrat IPT untuk membantu pelajar menonjolkan bakat, kreativiti dan inovasi mereka dalam rekaan fesyen yang unik dan sesuai dengan tema.

    Antara rekaan yang unik dan menarik perhatian ramai pada acara peragaan fesyen ‘Diaspora Fusion’

    Antara yang hadir menyaksikan peragaan fesyen ini ialah Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS,Profesor Madya Dr.Musdi Bin Haji Shanat, Ketua Program Fesyen KKK, Encik Mohd Aliff Safuan bin Jamaluddin , Pensyarah FSGK UNIMAS, Encik Alexander Anak Chelum dan Encik Asrul Asshadi b. Mohamad Morni, Pensyarah KKK, Encik Mohamad Shukri bin Che Ya dan pelajar-pelajar UNIMAS dan KKK yang terlibat.

    Dekan Profesor.Madya Dr Musdi berkata tema peragaan fesyen kali ini sangat unik dan klasik kerana masih ramai masyarakat hari ini kurang mendalami tentang fesyen yang akan diketengahkan ini.“ Tema Diaspora Fushion ini juga membantu para pereka untuk memberi pendedahan yang meluas kepada umum melalui peragaan yang akan ditunjukkan sebentar nanti. Usaha ini mungkin dapat menarik minat masyarakat tempatan bahkan masyarakat luar untuk mencuba mengenakan fesyen yang berkaitan tema Diaspora Fushion ini dalam kehidupan seharian,” katanya.

    Sementara itu, objektif peragaan fesyen ini dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan kursus GKP1093 Pengurusan Acara Kesenian dalam usaha memastikan pelajar program Pengurusan Seni Tahun 1 dapat mengenalpasti perjalanan sebenar mengendalikan acara dalam skala sebenar. Selain itu, ia membantu memantapkan minda pelajar untuk menjadi kreatif dan inovatif serta menjalinkan kerjasama dengan pelajar lain.

    Antara aktiviti lain yang diadakan dalam acara tersebut ialah acara cabutan bertuah untuk masyarakat yang hadir.

    Salah satu daripada pakaian yang diperagakan oleh pelajar dalam acara peragaan fesyen ‘Diaspora Fusion’ yang telah dianjurkan oleh pelajar program Pengurusan Seni Tahun Satu dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...