More
    Home Sarawak Mukah Dewan Masyarakat Baru Daro bernilai RM2 Juta Bakal Siap Mei 2019

    Dewan Masyarakat Baru Daro bernilai RM2 Juta Bakal Siap Mei 2019

    Daro, Mukah, 10 April 2019 (SNN)- Pembinaan Dewan Masyarakat Daro yang bernilai RM2 juta dijadualkan akan siap pada penghujung Mei 2019. Berdasarkan kepada perjanjian dengan kontraktor sebelum ini, pembinaan Dewan Masyarakat Daro ini sepatutnya siap pada 26 April ini, tetapi sehingga kini ianya telah lewat sebanyak 13 peratus.

    Pihak kontraktor telah memohon Extand of Time (EOT) selama sebulan atas beberapa sebab iaitu faktor cuaca dan bahan binaan lambat sampai ke tapak binaan. Sehubungan itu, kontraktor telah berjanji bahawa Dewan Masyarakat Daro ini akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Mei ini.

    Jaminan ini telah disuarakan pihak kontraktor yang bertanggungjawab semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro YB Safiee Haji Ahmad ke Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Daro Bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Tengah di sini, semalam.

    Lawatan ini bertujuan memastikan bahan-bahan binaan yang digunakan adalah tepat seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pelaksanannya sebelum ini dan memastikan kerja-kerja yang dilakukan mengikut standard piawaian yang ditetapkan.

    Pembinaan Dewan Masyarakat Daro ini tidak melibatkan primix dan pagar dewan.  Justeru, Safiee memohon JKR untuk menyediakan kos untuk menyempurnakan pembinaan primix dan pagar dewan untuk beliau mendapatkan peruntukan tambahan. 

    Sebelum ini, masyarakat Daro banyak menggunakan Dewan Kemas bagi mengadakan aktiviti dan program, dan siapnya Dewan Masyarakat Daro akan membolehkan dewan ini menjadi dewan utama untuk penganjuran program dan aktiviti kemasyarakatan di Daro selepas ini.  Dewan Masyarakat Daro ini boleh memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu-satu masa dan juga dua buah gelanggang badminton.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...