Datuk Talib melawat Sekolah Rendah Orang Kaya Muhammad(lama) yang terbakar semalam

0
266
Keadaan sekolah yang terbakar pada jumaat

BINTULU, 18 JULAI 2020 (SNN) : Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip meluangkan masa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Muhammad (lama) yang telah terbakar pada jumaat sejurus selepas beliau menghadiri Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak Tahun 2020 dan Majlis Penyerahan Sijil Ketua Kaum DUN N67 Jepak di New World Hotel & Suites Bintulu.

Semasa lawatan beliau telah berbincang dan meminta agar satu mesyuarat diadakan bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, Pejabat Residen dan Daerah Bintulu serta Pusat Khidmat DUN Jepak bagi menentukan ahal tuju serta membuat tinjauan tentang tapak sekolah tersebut.

Gambar: Datuk Talip meinjau keadaan bangunan sekolah yang terbakar semalam

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 1.42 petang mengenai satu kebakaran berlaku melibatkan SK Orang Kaya Muhammad (lama) yang sudah tidak digunakan lagi selama 5 tahun.

Setibanya dilokasi, didapati bangunan berkenaan sudah terbakar hampir 80 peratus dengan keseluruhan bahagian bumbung bangunan itu telah ranap musnah. Walau bagaimanapun pihaknya menjelaskan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu.-Sumber Ukas.Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here