More
    Home Dahulu ada kampung air, kini Masjid India di Sungai Sarawak

    Dahulu ada kampung air, kini Masjid India di Sungai Sarawak

    KUCHING, 2 MAC 2019 (SNN) – Dahulu ada kampung air didirikan di banyak sungai di Sarawak, kini Masjid India menyambung tradisi dibina di Sungai Sarawak.  Masjid India Bandar Kuching berwajah baru apabila masjid terapung yang terletak bersebelahan Tebingan Kuching ini dirasmikan pembukaannya oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud malam tadi.

    Masjid yang menjadi mercu tanda baru di Bandar Kuching ini boleh menampung jemaah berjumlah 1600 orang, dan merupakan masjid terapung pertama yang dibina di Negeri Sarawak. Selain menjadi simbol keagungan syiar Islam di negeri ini, masjid yang bernilai RM21 juta ini juga dijangka mampu menjadi tarikan pelancong memandangkan reka bentuk dan seni bina masjid ini yang begitu unik dan menarik.

    Selain itu, kedudukan masjid ini yang strategik dan bersebelahan dengan tebingan Kuching juga dijangka akan mengubah landskap setempat sekaligus berpotensi menjadi ikon terbaru bandar raya ini.

    Menurut Yang Dipertua Negeri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa merasmikan pembukaan masjid ini, masyarakat Sarawak yang berlainan kaum dan agama tetapi mampu hidup bercampur gaul dan harmoni di antara satu sama lain adalah budaya kehidupan bermasyarakat yang unik dan haruslah dikekalkan dan dipelihara dengan baik. Justeru pembinaan Masjid India Bandar Kuching ini disifatkan sebagai usaha oleh masyarakat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk terus mengekalkan keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat di negeri ini.

    Sejarah Masjid India

    Masjid India yang asal adalah terletak di deretan bangunan kedai lama di Jalan Gambir, Kuching. Masjid ini dianggarkan berkeluasan 16,004 kaki persegi dan mampu menampung sehingga 1000 orang jemaah. Masjid ini juga dikatakan antara masjid tertua yang telah dibina pada tahun 1837 oleh India Muslim dari selatan India.

    Masjid India di deretan bangunan kedai lama di Jalan Gambir, Kuching

    Masjid ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri iaitu daripada sebuah pondok yang dibina oleh golongan India Muslim untuk beribadah ketika mereka datang berniaga di Bandar Kuching.

    Struktur masjid ini telah mengalami banyak perubahan sejak dibina di pertengahan abad ke-19. Dinding dan bumbung asal masjid ini dibuat daripada pokok nipah. Kemudian pada tahun 1876, kayu papan menggantikan dinding nipah. Nama asal masjid ini adalah Masjid India (Masjid Tambi), kemudiannya ditukar kepada Masjid Bandar Kuching pada tahun 1960an.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...