More
    Home Covid-19: Dua Kematian Direkodkan di Sarawak, 30 Mac 2020

    Covid-19: Dua Kematian Direkodkan di Sarawak, 30 Mac 2020

    Kuching, 30 Mac 2020 (SNN): Sarawak hari ini merekodkan sebanyak enam (6) kes positif Covid-19 yang baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak adalah 135 kes kesemuanya. Dari jumlah enam (6) kes positif tersebut, 3 kes dirawat di Hospital Umum Kuching, 2 kes di Hospital Miri dan 1 kes di Hospital Sibu.

    Sarawak turut merekodkan dua (2) kes kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah tujuh (7) kesemuanya yang berkait dengan Covid-19.

    Kes kematian hari ini adalah yang ke-36 bagi Malaysia (kematian ke-6 bagi Sarawak), yang merupakan kes ke-1941 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada hari ini jam 8.10 pagi.

    Manakala kes kematian ke-37 pula (kematian ke-7 bagi Sarawak) adalah kes ke-2471 yang melibatkan seorang wanita tempatan berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.02 pagi.

    Sumber: Sidang Media Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak 30 Mac 2020 5.00 petang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...