More
    Home BINA-HIKMAH - pencetus gerakan sosial terhebat merayakan ulang tahun ke-50

    BINA-HIKMAH – pencetus gerakan sosial terhebat merayakan ulang tahun ke-50

    KUCHING, 18 APRIL (SNN) –  BINA-HIKMAH merupakan pencetus gerakan sosial terhebat dalam sejarah negeri Sarawak. Hari ini menyambut ulang tahun ke-50.  BINA, singkatan Angkatan Nahdatul Islam Bersatu telah didaftarkan pada tahun 1969 sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.  Di bawah pimpinan Datuk Abdul Rahman Yakub, ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, BINA dalam jangka masa setahun telah mendirikan cawangan di semua lima Bahagian.  Betapa hebat pertubuhan ini kerana mempunyai band, pancaragam, baju seragam, kumpulan nasyid, pasukan silat, mencipta lagu sendiri, berdakwah ke pedalaman dan menjadi terkenal hingga ke peringkat antarabangsa.

    Nama BINA telah ditukar dengan Harakah Islamiah (HIKMAH) pada bulan September 1993 selepas krisis politik yang melanda Sarawak ketika itu.  Dengan nama baharu gerakan sosial dan dakwah ini menjadi lebih tersusun dan sesuai dengan realiti masyarakat majmuk yang ada.

    Majlis Tertinggi BINA yang pertama.

    Justeru itu sambutan ulang tahun ke-50 dirayakan dengan gilang-gemilangnya pada hari ini. Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang merupakan salah seorang pengasas BINA pada tahun 1969 telah diberi penghormatan merasmikan majlis bersejarah ini. Sebelum itu Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Hussain, Yang Dipertua HIKMAH di dalam ucapan alu-aluan telah meriwayatkan sejarah BINA-HIKMAH yang diwarnai dengan detik-detik gemilang pertubuhan tersebut.

    Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg turut berucap.  Beliau berkata BINA-HIKMAH telah melaksanakan fungsinya dengan sangat cemerlang selama 50 tahun.  Antara kejayaan ini adalah menyatukan umat Islam di Sarawak dengan sangat teguh.  Dengan suasana perayaan yang gemilang ini Abang Johari telah mengumumkan bahawa Kerajana Negeri telah menyumbang sebidang tanah seluas 10 ekar untuk pembinaan ibu pejabat HIKMAH yang baharu.  Beliau juga mengumumkan syarikat Serba Dinamik Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak RM4 juta.

    Abang Johari sedang menyampaikan ucapan

    Lebih seribu orang ahli HIKMAH dari semua Bahagian telah diundang khas untuk menyertai perayaan sambutan ulang tahun setengah abad ini.  Hotel Riverside Majestic di Kuching penuh sesak dan meriah dengan ahli-ahli yang datang dari jauh dengan wajah yang ceria.

    Dari kiri Sanib, Harris berasal dari Switzerland dan Firdaus

    Berbagai-bagai acara telah dirancang untuk ahli-ahli dan juga orang ramai.  Di ruang legar dewan telah dipenuhi oleh pameran sejarah BINA-HIKMAH.  Petang tadi dua sesi forum telah dilangsungkan dan akan disambung esok dengan acara lain pula.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...