Marudi, 28 Mac 2019 (SNN)– Baram Agrofest 2019 sediakan banyak peluang untuk usahawan. Kerajaan Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak akan menganjurkan Baram Agrofest 2019 pada 12 hingga 14 April 2019 , bertempat di Dataran Marudi.
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 14 April 2019.
Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya jualan, promosi, pameran dan cabutan bertuah. Dalam masa yang sama usahawan dan orang ramai dijemput sama untuk bersama-sama untuk mengikuti pelbagai aktiviti seperti :
1. Baram
kitchen
2. Demo membuat baja organik
3. Demo masakan
4. Pertandingan masakan
5. Persembahan artis tempatan dan Preview Show Ratu Baram Agrofest
6. Senamrobik
7. Kursus penternakan kelulut
8. Demo pembiakan aruhan ikan keli
9. Pertandingan (Anyaman, ke lapis, kerepek, sayur, manik dan mewarna)
10. Pertandingan Ratu Baram Agrofest
11. Kursus asas penanaman durian
12. Demo cantuman pokok durian
Turut diadakan Majlis Penganugerahan Usahawan Tani Jaya, Usahawan Ternak Jaya (Veterinar), Usahawan Ternakan Jaya (Akuakultur), Usahawan Industri Asas Tani (Pemprosesan Makanan), Usahawan Industri Asas Tani (Kraftangan) dan Usahawan Belia Tani.
Penyanyi iban, Ricky Andrewson akan turut sama menghiburkan pengunjung pada 12 April 2019, manakala Eisner Nala pula akan memeriahkan Dataran Marudi pada 13 April 2019.
Orang ramai dijemput hadir ke Dataran Marudi untuk sama-sama memeriahkan Baram Agrofest 2019.