More
    Home Lain-lain Bank Darah Hospital Miri perlukan ramai penderma

    Bank Darah Hospital Miri perlukan ramai penderma

    MIRI, 21 JULAI 2020 (SNN) : Bekalan darah di Bank Darah Hospital Miri kini berada di tahap rendah dan memerlukan ramai penderma darah.

    Naib Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri, Datuk Lee Kim Shin, ketika ditemui semasa menghadiri kempen derma darah anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (NAMLIFA) pada Ahad, menyeru agar orang awam memberi sokongan kepada aktiviti derma darah.

    Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM2,250 kutipan awam daripada NAMLIFA kepada jawatankusa penderma darah PBSM Miri.

    Gambar: Datuk Lee Kim Shin ketika ditemui media selepas menyumbangkan 100kg beras kepada persatuan.Sumber Ukas

    Terdahulu, beliau telah menyampaikan sumbangan 100 kilogram beras kepada jawatankuasa kempen menerusi NAMLIFA sebagai tanda sokongan kempen amal itu.

    Program menderma darah ini juga boleh dilakukan di Hospital Miri (isnin-jumaat) selain PBSM (sabtu dan ahad).-Sumber Ukas.Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...