More
    Home Bakal Jemaah Haji Dinasihat Menjaga Adab Ketika Berada Di Tanah Suci

    Bakal Jemaah Haji Dinasihat Menjaga Adab Ketika Berada Di Tanah Suci

    KUCHING, 08 Julai 2019 (SNN)- Bakal jemaah haji dari Sarawak dinasihatkan supaya menjaga adab dan  tidak mudah menyebar berita di media sosial melibatkan keadaan yang berlaku di Tanah Suci.

    Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tindakan sedemikian hanya akan merumitkan keadaan dan tidak menyelesaikan masalah.

    “Sekiranya ada sebarang kekurangan, berbincanglah dengan pegawai-pegawai Tabung Haji secara baik,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Kursus Perdana Haji di Masjid Darul Hana baru-baru ini.

    Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai turut menggesa setiap jemaah menjaga kesihatan sebelum dan semasa mengerjakan haji.”Ikut nasihat doktor jika memerlukan rawatan selanjutnya,” ujarnya.

    Menurutnya, jemaah haji Sarawak juga harus mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang Arab Saudi. “Jaga disiplin dan mengikut nasihat petugas Tabung Haji,” jelasnya.

    Beliau berkata, isi masa ketika berada di Tanah Suci dengan ibadah sunat, zikir, membaca Al-Quran dan sebagainya.”Elakkan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti sembang kosong atau membeli belah secara berlebihan,” tegasnya.

    Dr Abdul Rahman menambah, seramai 963 jemaah dari Sarawak terpilih untuk menunaikan haji tahun ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    0
    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke...