More
    Home Sarawak Limbang ATC Kubong bakal dijadikan stesen pengeluaran hasil pertanian bermutu tinggi

    ATC Kubong bakal dijadikan stesen pengeluaran hasil pertanian bermutu tinggi

    LIMBANG, 20 JAJUARI 2021 (SNN) : Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah (MANRED) dalam kajian menambahbaik stesen-stesen pertanian atau Agriculture Training Centre (ATC) di Seluruh negeri Sarawak bagi meningkatkan mutu hasil pertanian.

    Menteri Muda MANRED Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ATC kubong Bahagian Limbang yang tidak dapat digunakan lagi akan ditambahbaik dan akan dijadikan salah satu stesen yang mampu mengeluarkan hasil pertanian yang bermutu tinggi.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menambah, tahun ini saja melalui Jabatan Pertanian telah memohon dana lebih RM300,000 untuk penambahbaikan selanjutnya termasuklah untuk menambahbaik stesen perikanan di Bahagian Limbang.

    “Peruntukan ini amat penting dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan negeri dalam meningkatkan hasil pengeluaran produk-produk berasaskan pertanian dan menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeksport menjelang tahun 2030.

    “Dengan siapnya projek naiktaraf itu kelak akan dapat menjadikan stesen ini sebagai pengeluar beberapa jenis ikan seperti Empurau, Semah, Tengkadak, Lampam Jawa dan udang kara,” kata beliau ketika ditemui semasa lawatan ke Steses Pertanian Kubong, Limbang pada Selasa.

    Tambahnya, oleh kerana di Malaysia sudah dibenarkan menternak udang kara yang pada asalnya dilarang untuk diusahakan, kini ramai yang berminat menjadikan penternakan udang kara ini sebagai ‘urban farming’ yang diusahakan di kedai-kedai dan rumah.

    “Harga udang kara ini mempunyai harga yang agak lumayan iaitu dalam lingkungan RM70-RM80 sekilo dan boleh mencapai berat sehingga 150-250 gram seekor,” katanya.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...