More
    Home Amalkan Gotong-Royong Untuk Pastikan Kawasan Kampung Sentiasa Bersih

    Amalkan Gotong-Royong Untuk Pastikan Kawasan Kampung Sentiasa Bersih

    KUCHING, 19 Disember 2019 (SNN): Program Gotong-Royong perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim apabila adanya kes dan penularan wabak demam denggi yang berlaku.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni jika tidak ditangani secara berterusan seperti gotong-royong, penyakit seperti demam denggi ini akan kembali dan akan terus menghantui penduduk.

    “Penduduk diminta memberikan kerjasama kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Tengah dalam memastikan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

    “Ini penting bagi memastikan kawasan kampung sentiasa bersih sekaligus membasmi pembiakan nyamuk Aedes yang membawa penyakit demam denggi.

    “Penduduk jangan mengambil mudah masalah pembiakan nyamuk Aedes dan penularan demam denggi ini kerana ia boleh membawa maut,” katanya semasa berucap dalam merasmikan Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Tengah baru-baru ini.

    Pada majlis itu, Dr Haji Hazland turut menyampaikan peralatan gotong-royong sebagai simbolik kepada perasmian Program Gotong-Royong Kampung Tabuan Tengah.

    Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Khidmat N5 Demak Laut sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana kampung yang mahu mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kediaman dan kampung.

    “Pusat Khidmat N5 Demak Laut sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan kampung-kampung yang mahu melaksanakan program gotong-royong seperti yang dilakukan Kampung Tabuan Tengah ini.

    “Adalah menjadi keutamaan Pusat Khidmat N5 Demak Laut untuk membantu dan bekerjasama dalam memastikan setiap kawasan dan kampung di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bebas penyakit dan bersih,” jelasnya.

    Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar MBKS Haji Hazmi Othman dalam ucapannya memuji penganjuran program ini sebagai langkah terbaik untuk membasmi penyakit bawaan air.

    “Apa yang dilakukan JKKK Kampung Tabuan Tengah adalah suatu langkah yang harus disokong bagi membolehkan Kampung Tabuan Tengah bebas penyakit seperti demam denggi.

    “MBKS bersedia memberikan bantuan kepada JKKK Kampung Tabuan Tengah dan penduduknya bagi menjayakan program gotong-royong sekaligus membolehkan kampung ini bersih,” ujarnya.

    Hadir sama Ketua Kaum Kampung Tabuan Tengah Amzah Dollah.

    Dr Hazland semasa tiba di Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Tengah.
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...