BINTANGOR, 06 NOVEMBER 2020 (SNN) : Setiap lapisan masyarakat perlu memupuk sikap dan budaya membaca terutama kepada kanak-kanak bagi melahirkan generasi berilmu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintangor berkata, ibu-bapa merupakan pendidik utama untuk menerapkan budaya membaca terhadap anak-anak mereka agar tidak terlalu bergantung dengan teknologi gajet yang sukar dikawal.
“Sering dengan pelaksanaan Digital Ekonomi oleh Ketua Menteri Sarawak, ibu-bapa perlu bijak mengaplikasikan gajet kepada anak-anak sebagai bentuk medium pembelajaran supaya penggunaan gajet tidak disalahgunakan,” ujarnya ketika hadir semasa Program Penyerahan Kit dan Bengkel Reading Seeds di Perpustakaan Awam Bintangor pada Khamis.

Ujarnya, setiap lapisan masyarakat perlu menghidupkan budaya membaca bukan sahaja meningkatkan generasi celik ilmu malah sebagai pengetahuan terhadap maklumat-maklumat yang penting.