More
    Home Malaysia Jualan Keluarga Malaysia di Sebuyau mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk...

    Jualan Keluarga Malaysia di Sebuyau mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk setempat

    SEBUYAU, 16 APRIL 2022 (SNN) : Jualan Keluarga Malaysia yang berlangsung selama dua hari di Dewan Pembangunan Sebuyau bermula hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk di sekitar Sebuyau.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi yang turut hadir merasmikan program berkenaan berkata, penganjuran Jualan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia bersama FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan NAM LEONG memberi peluang kepada masyarakat di sekitar Sebuyau untuk mendapatkan bekalan makanan harian dengan harga yang murah.

    “Saya amat berterima kasih kepada pihak kementerian KPDNHEP terutama YB Datuk Alexandar Nanta Linggi kerana sekali lagi memilih Daerah Sebuyau untuk menganjurkan hari jualan ini.

    “Sudah pasti program ini amat bermakna kepada masyarakat di luar bandar kerana bukan sahaja perlu menempuh perjalanan jauh untuk ke bandar bagi mendapatkan bekalan dapur di pasaraya-pasaraya besar tetapi lebih menjimatkan kos dengan menawarkan harga yang lebih murah daripada harga runcit di pasaran,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu.

    Datuk Julaihi hadir merasmikan Jualan Keluarga Malaysia yang dianjurkan olek Kementerian KPDNHEP dan Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Hajah Rohani Karim di Dewan Pembangunan Sebuyau.

    Tambahnya lagi, beliau ingin menyeru warga sekitar Sebuyau untuk tidak melepaskan peluang untuk datang memeriahkan hari jualan yang dijangka akan berakhir pada esok iaitu 7 APRIL sekaligus mendapatkan bekalan barangan dapur dengan potongan harga yang menarik.

    Turut hadir sama ialah Encik Al Redamani Abdul Razak ; Pegawai KPDNHEP, Jerry Zainuddin Bidin; Pegawai Daerah Sebuyau, Ajis Ahmad; Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau dan pemimpin masyarakat tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...