More
    Home Malaysia Ahli Parlimen Kota Samarahan serah geran peruntukan khas kepada 94 masjid dan...

    Ahli Parlimen Kota Samarahan serah geran peruntukan khas kepada 94 masjid dan surau dalam Bahagian Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 15 APRIL 2022 (SNN) : Sebanyak 94 jawatankuasa pengurusan masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan menerima geran peruntukan khas daripada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Hajah Rubiah Wang.

    Majlis penyerahan geran berkenaan disempurnakan di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Jumaat yang dihadiri oleh wakil-wakil masjid serta surau dari seluruh kawasan Kota Samarahan.

    Datuk Rubiah dalam ucapan amanatnya menyatakan institusi masjid dan surau perlu proaktif dalam menangani gejala sosial di dalam kawasan kariah masing-masing.

    “Muktahir ini banyak kes-kes gejala negatif dilaporkan di Kota Samarahan termasuklah aktiviti penyalahgunaan dadah khasnya dalam kalangan remaja dan anak muda serta gejala sosial yang lain yang perlu diambil perhatian serius termasuklah pihak masjid dan surau”

    “Masjid dan surau bukan hanya berperanan sebagai tempat ibadat semata-mata tetapi juga menjadi tempat untuk membangunkan masyarakat sama ada dari segi sosial, pendidikan mahupun ekonomi”

    “Jawatankuasa pengurusan masjid dan surau diseru agar mewujudkan program-program yang berkesan dalam usaha membimbing masyarakat setempat khasnya dalam bentuk kerohanian supaya gejala-gejala yang tidak baik dapat dibendung dengan baik,” katanya.

    wakil-wakil dari pelbagai institusi masjid dan surau hadir bagi menerima geran yang diserahkan oleh MP Samarahan

    Selain daripada masjid-masjid dan surau-surau di kawasan kampung, antara yang turut menerima geran tersebut ialah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dari Kem Penrissen, Kuching dan Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

    Datuk Hajah Rubiah turut menyumbangkan beberapa kotak kurma kepada masjid-masjid dan surau-surau yang hadir dalam sesi penyerahan geran pagi tadi.

    Turut hadir bersama ialah Pegawai Daerah Samarahan, Haji Anuar Daan; wakil Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan, Ustaz Al Sagap Haji Beli; dan Temenggong Bahagian Samarahan, Haji Chek Bujang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...