More
    Home Malaysia Datuk Julaihi meluangkan masa berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah bersama warga...

    Datuk Julaihi meluangkan masa berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah bersama warga Sebuyau

    SEBUYAU, 10 APRIL 2022 (SNN) : Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih bersama warga Sebuyau di Masjid Sebuyau, semalam.

    Majlis tersebut turut dihadiri seramai 200 jemputan yang terdiri daripada warga kerja Pejabat Daerah Sebuyau, Jawatankuasa Surau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (KMKK) Zon Sebuyau serta penduduk kampung.

    Datuk Julaihi berbuka bersama-sama jemaah dan tetamu yang hadir di Masjid Baharu Sebuyau, semalam.

    Selepas selesai berbuka puasa di perkarangan masjid bersama jemaah lain, Datuk Julaihi turut bersama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar 1 Masjid Baharu Sebuyau, Sahat Jenal.

    Turut hadir bersama Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau, Jeriy Zainnuddin Bidin, Pemanca Asli Yahya, dan Penghulu Abu Seman Suhaili.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Negeri Sarawak komited memperkasa sistem bekalan air – Dato Sri...

    0
    Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menguruskan sejumlah RM7 Bilion & 360 projek pembinaan, naik taraf dan pembaikian sistem air seluruh Sarawak. RM1.1 Bilion...