More
    Home 76 kes baharu kes Varian Delta dilaporkan setakat ini di Sarawak

    76 kes baharu kes Varian Delta dilaporkan setakat ini di Sarawak

    KUCHING, 22 JULAI 2021 (SNN) : Terdapat 76 kes baharu melibatkan varian Delta (B.1.167.2) dilaporkan di Sarawak setakat ini.

    Menurut Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Professor Dr David Perera, varian SARS-COV-2 itu dikesan dalam pengesanan dan pengawasan secara berterusan yang tersebar dalam negeri ini.

    “Kaedah pengesanan yang dilakukan adalah melalui ujian sampel daripada kes positif melibatkan sampel dari Hospiral Sentosa, Balai Polis Satok dan beberapa lokasi lain di Kuching diantara 7 Jun hingga 13 Julai yang lalu.

    “Sebilangan besar kes iaitu 52 kes telah dikesan di Kuching dan masing-masing (11 kes) di Serian, (3 kes) Samarahan, (5 kes) Sri Aman dan Miri, Sibu dan Betong satu kes,” kata beliau dalam kenyataa terkini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Unggah Embas disini semalam.

    Ujar beliau, pihaknya turut mengesan satu kes di bawah kategori import A dan Import B di seluruh Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Sharifah Hasidah: Sarawak will continue MA63 push regardless of federal...

    0
    KUCHING (JUNE 13): Sarawak will continue to press ahead with its pursuit of rights under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) regardless of political developments...