More
    Home Sarawak Kuching Datuk Amar Awang Tengah Lancar Program Bakul Makanan Persatuan Anak Jati Lawas

    Datuk Amar Awang Tengah Lancar Program Bakul Makanan Persatuan Anak Jati Lawas

    KUCHING, 18 JULAI 2021 SNN – Yang Berhormat Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hassan telah melancarkan Program Bakul Makanan PKP Convid-19 yang dikendalikan oleh Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching petang tadı. Beliau memuji inisiatif persatuan yang peduli tentang keadaan semasa PKP Covid-19 ke atas masyarakat. Walaupun pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah membelanja berjuta ringgit untuk membantu rakyat, namun pertubuhan sukarela masih boleh memainkan peranan mereka. Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching memberikan tumpuan khusus untuk penduduk di Kuching yang berasal dari Daerah Lawas.

    Datuk Amar Awang Tengah Ali sedang berucap sambil diperhatian oleh ahli JATI. Gambar AKYBMS

    Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, berasal dari Daerah Lawas, adalah Penaung JATI yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan. Majlis tersebut telah diadakan di pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak yang dihadiri oleh ahli persatuan yang terdiri daripada Pengerusi, Datu Dr. Hj. Sanib bin Said. Turut hadir ialah Penasihat Awangku Zainal Dato Pengiran Hj. Jawa, Timbalan Pengerusi, Hj. Ismail Damit; Setiausaha, Azlan Smail; Ustaz Idris Abdul Kadir dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita, Dr. Hamrila Latif.

    Program Bakul Makanan PKP Covid-19 anjuran JATI kali ini melibatkan 56 buah keluarga dan 30 orang pelajar. Pengagihan Bakul Makanan telah diadakan di Restoran Pa Rim Pan, Metrocity, Matang.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...